TRIP KE BANGKOK 2018 SECARA PERCUMA OLEH SHAKLEE

PART 1 ; DAY 1

salah satu insetif yang Shaklee berikan pada kepada ahli Shaklee nya untuk meraikan usaha gigih sepanjang tahun ialah trip pelancongan 6 bintang ke luar negara secara PERCUMA. Alhamdulillah, untuk usaha tahun lepas, kami layak mengikuti trip ke Bangkok 2018 secara percuma oleh Shaklee.  Trip kali ni adalah selama 4 hari 3 malam bermula pada 17 November dan berakhir pada 20 November 2018.

 

seronok? kami sangat gembira walaupun hanya satu tiket je yang layak untuk kami ikuti trip percuma ini. Kali ni kami buat keputusan untuk berikan masa “me time” buat orang perempuan ke luar negara. he he he. bukan apa. Bangkok kan dikenali sebagai antara syurga shopping. jadi, jom kita dengar apa perkongsian dan pengalaman Puan Boss kita apa bila menyertai trip ke Bangkok, Thailand ini.

saya mulakan cerita trip ke Bangkok 2018 secara percuma oleh Shaklee di meja makan ini. Ia adalah permulaan perjalanan saya yang bermula jam 4.00 dari The YouniQ Hotel di Subang, kerana kami perlu berada di KLIA seawal jam 5 pagi. Sementara menunggu rakan rakan yang lain, saya dan kawan saya yang sama sama bergerak dari hotel tersebut, membuat keputusan untuk bersarapan. Fuh! awal sungguh kami bersarapan. Sebenarnya kami mencari air panas untuk menyegar badan disebabkan tidak cukup rehat pada waktu malamnya.

Selepas itu, kami berkumpul beramai ramai untuk mendengar taklimat dari staff Shaklee mengenai perjalanan kami yang akan bermula pada jam 8 pagi nanti. Oh ya, kumpulan kami iaitu kumpulan D2 akan menaiki penerbangan Thai Smile. Seronok! untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya ke luar negara. Betul! Singapura dan Indonesia yang dekat dengan Johor ni pun saya tak pernah sampai lagi. Tapi, Allah beri peluang yang lebih luas lagi kepada saya melalui Shaklee, terus dapat ke Bangkok, Thailand!. hah, ini adalah negara yang saya tak berani datang disebabkan :-

  • perbezaan bahasa. saya ni pulak bahasa Inggeris, ke laut dalam. he he he. tu jadi penyebab utama untuk saya takut ke luar negara yang mempunyai bahasa yang berbeza
  • Terlalu paranoid dengan berita berita yang diihat di televisyen mengenai kes tembak menembak atau kes membabitkan orang Islam.
  • Takut dengan bayang bayang. ni bukan macam cerita anjing dengan bayang bayang tu, tapi takut nak ke negara orang yang diluar kebiasaan kita. haha ha. kelakarkan.

Trip ke Bangkok 2018 secara percuma diteruskan dengan pengagihan barang barang keperluan untuk kami ( delegasi Shaklee ) seperti name tag untuk diletakkan di luggage kami, lanyard yang ada nama kami, supaya kami mudah dikesan oleh ejen atau wakil tour yang dipilih oleh Shaklee. ada juga buku panduan untuk aktiviti sepanjangg 4 hari 3 malam kami di Bangkok.

setelah kaunter untuk check in luggage dibuka, kami beratur bersama beg beg kami sebelum kami dibenarkan melakukan aktiviti lain sementara menunggu kaunter check in ke Thai Smile di buka.  hah, layan jelah aktiviti kami sementara menunggu beg kami di timbang dan dimasukkan ke dalam pesawat. apa aktivitinya? bergambarlah!!!

Alhamdulillah, trip kali ini, ada 4 orang ahli dari group kami yang berjaya mendapat trip ke Bangkok 2018 secara percuma oleh Shaklee, mereka ialah ( dari kiri : Senior Cordinator Dr Najihah Mutalib, saya Senior Cordinator Siti Noriza Saleh , Senior Cordinator Wardah Aina Tumin dan Cordinator Rosdi ). Ada seorang lagi ahli kumpulan saya iaitu Maisarah Md Saupi telah layak mengikuti Trip International menaiki Cruise pada Ogos 2018 yang lalu.mereka berempat ini adalah downline kami yang sangat komited dalam fokus dalam bisnes Shaklee ini dan mereka sendiri mempunyai ahli kumpulan yang hebat hebat berlaka.

Akhirnya, masa yang ditunggu pun sampai. Kami dah nak berangkat dah. Tu kapal terbang untuk group D2 kami iaitu Thai Smile. hah , siapa naik kapal terbang ni, kena sentiasa senyummmm je tau. Pramugari dia? fuh! sentiasa tersenyum walaupun saya tak faham dia cakap apa. Walaupun dia cakap dalam bahasa Inggeris, tapi slang Thailand dia tu, kuat kedengaran. Ruangan dalaman pesawat ni lebih kurang pesawat Air Asia, cuma jarak antara kerusi lebih luas, hah orang yang tinggi lebih 160cm rasa selesalah juga berbanding Air Asia. 

ni anak shaklee saya merangkap roomate di selama berada di Bangkok nanti. bonding time sangat! selalu hanya jumpa kat whatsapp atau facebook je kan, kali ni kita jumpa face to face. Hah, siap sebilik lagi. Muka memasing Shaklee Effect sangat. Kami berdua pengguna produk Youth tau!. keyakinan tinggi sangat ambil gambar besar gedabak depan handpone walaupun kami tak bermake up. mehlah kita berbual bual sepanjang 2 jam perjalanan dari KLIA ke Aiport Suvarnabhumi di Bangkok. Dalam perjalanan 2 jam ni, makanan disediakan secara percuma. Jangan risau, makanan yang disajikan adalah halal. Jadi, jangan takut nak makan semasa dalam pesawat. Rugi tau!

makanan yang disediakan. Nampak menyelerakan kan? sesuai untuk anda yang jaga berat badan. ada buah buahan juga. Jus oren yang sangat sedap! ok, makanan ini diberi selepasa 1 jam penerbangan dan masa tu pesawat dalam keadaan stabil di ketinggian yang sesuai. Kita pun boleh makan dengan selesa sehingga kenyang. dah kenyang, kita tidur. keh keh keh. Kita tunggu sehingga sampai ke bumi Bangkok, Thailand.

 

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee Kota tinggi serta felda felda berhampiran. Penghantaran ke felda air tawar 4, felda air tawar 5, felda Semenchu juga di lakukan pada waktu waktu tertentu. Pengeposan di lakukan ke seluruh Malaysia 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge