APA ITU DIABETES

kita sudah biasa mendengar penyakit “diabetes” yang sekarang ni bukan saja orang tua atau dewasa yang menghidapinya, akan tetapi kanak kanak juga sudah dikesan mempunyai penyakit merbahaya ini. Akan tetapi, apakah kita tahu apa itu diabetes? ¬†apakah gejala yang sebabkan diabetes? siapa yang mudah mendapat diabetes? Ingat ye, tidak semestinya orang yang berbadan besar saja yang berpotensi menghidap diabetes. tetapi orang yang kurus juga mungkin penghidap diabetes.

diabetes

APA ITU DIABETES?

Diabetes adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula dalam darah ini dikawal oleh hormon utama yang disebut Insulin. Insulin membantu badan anda untuk menggunakan serta menyimpan glukos yang datang daripada makanan. Penyakit ini telah diketahui sejak dulu lagi. Malah, sejarah tamadun Mesir, India, China dan Yunani telah merekodkan yang tanda tanda penghidap diabetes ialah rasa dahaga yang melampa atau kerap membuang air kecil. Pakar perubatan India pula mengenal pasti yang penyakit Diabetes ini mempunyai 2 jenis dan nama lain bagi Diabetes ini ialah kencing manis atau pancur air. Nanti saya terangkan lebih lanjut mengenai 2 jenis Diabetes untuk pengetahuan am kita.

2 jenis Diabetes yang biasa dihidapi pesakit ialah :-

  1. Diabetes Mellitus(bersandarkan insulin). Ia kerana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan. Ia berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Diabetes jenis ini juga dikenali sebagai Diabetes awal remaja kerana penghidap jenis ini biasanya mendapat simptom penyakit semasa kanak kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  2. badan masih mampu menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh. Insulin juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk terus membantu tubuh berfungsi dengan baik. Memandangkan terdapat sedikit sebnyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan mahupun suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit).

 

Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai diabetes, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8 ata 9% masyarakat dewasa di Malaysia menghidap penyakit ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge