APA MAKSUD ZAKAT FITRAH?

selalu bila bulan puasa, orang mula akan sibuk bercakap mengenai zakat fitrah. Malahan, setiap negeri di Malaysia juga menetapkan kadar yang berbeza beza untuk bayaran zakat fitrah ini. Zakat fitrah hanya di bayar pada Bulan Ramadhan saja.

 

APA ITU ZAKAT FITRAH?

dari segi bahasa, zakat fitrah bermaksud : bersih, suci, subur dan berkembang.

ia bermaksud, zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan pada bulan Ramadhan mengikut syarat syarat yang tertentu.

 

beras zakat fitrah

 

 

KENAPA KITA KENA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH?

1- ia adalah untuk membantu kekurangan ibadah kita sepanjang bulan puasa.

2- supaya ia disalurkan kepada fakir dan miskin untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa seperti orang lain.

3 – penyucian hati.

Ibu Abbas R.A berkata :”Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyucian buat orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia sia dan kata kata keji dan juga ia adalah sebagai makanan orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya, maka ia merupakan zakat yang ┬ámakbul. Sesiapa yang menunaikan selepas solat, maka ia dikira sedekah”.( Riwayat Abu Daud).

 

gandum

 

SIAPA YANG DIWAJIBKAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH?

Setiap muslim baik merdeka atau hamba, lelaki dan perempuan, kecil dan besar. DAlam hal ini, penjaga wajib mengeluarkan zakat bagi orang yang dibawah tanggungannya seperti isteri, anak anak kecil dan hamba.

 

BERAPA KADAR BAYARANNYA?

segantang makanan ruji tempatan ( boleh jadi beras, gandum, jagung dan sebagainya) dengan kiraan hari ini bersamaan timbangan metrik 2.60 kg..akan tetapi, sekarang ini, setiap negeri sudah memberikan kadar bayaran tersendiri mengikut negeri masing masing.

 

WAKTU BAYARAN ZAKAT FITRAH

waktu mula diwajibkan ialah sebaik saja malam pertama Ramadhan. Ada 4 waktu tertentu yang menjadikan waktu byaran itu jatuh kepada afdal, harus, makruh dan haram.

WAKTU AFDAL – sebaik saja terbitnya matahari 1 Syawal hingga sebelum solat sunat Hari Raya Puasa

WAKTU HARUS – sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH – selepas solat Sunat Hari Raya hingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal

WAKTU HARAM – selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge