BAGAIMANA MENCEGAH DIABETES

sehingga kini, dianggarkan kira kira 2 juta atau 10% dari penduduk Malaysia menghidapi diabetes atau kencing manis. Penyakit Diabetes ini berlaku disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam badan atau berlakunya keadaan “insulin resistance”. Tapi kajian yang 10% ini adalah pada tahun 2009..kini sudah 7 tahun ia berlalu, dan peratus mereka yang menghidapinya semakin meningkat. Hidup perlu ada “style” barulah “in trend” katanya. Tapi kalau bergaya tanpa menjaga kesihatan, ia sangatlah rugi, kerana gaya hidup tidak sihat ini akan mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis ( diabetes), tekanan darah tinggi, sakit jantung koroni, tinggi kolesterol, obesiti, serangan angin ahmar dan sebagainya.

fresh-strawberry-meringue-cake-sl-x

APA ITU DIABETES?

Diabetes adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula dalam darah ini dikawal oleh hormon utama yang disebut Insulin. Insulin membantu badan anda untuk menggunakan serta menyimpan glukos yang datang daripada makanan. Penyakit ini telah diketahui sejak dulu lagi. Malah, sejarah tamadun Mesir, India, China dan Yunani telah merekodkan yang tanda tanda penghidap diabetes ialah rasa dahaga yang melampa atau kerap membuang air kecil. Pakar perubatan India pula mengenal pasti yang penyakit Diabetes ini mempunyai 2 jenis dan nama lain bagi Diabetes ini ialah kencing manis atau pancur air. Nanti saya terangkan lebih lanjut mengenai 2 jenis Diabetes untuk pengetahuan am kita.

2 jenis Diabetes yang biasa dihidapi pesakit ialah :-

Diabetes Mellitus(bersandarkan insulin). Ia kerana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan. Ia berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Diabetes jenis ini juga dikenali sebagai Diabetes awal remaja kerana penghidap jenis ini biasanya mendapat simptom penyakit semasa kanak kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
badan masih mampu menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh. Insulin juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk terus membantu tubuh berfungsi dengan baik. Memandangkan terdapat sedikit sebnyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan mahupun suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit).

 

BAGAIMANA MENCEGAH DIABETES?

  • lakukan senama selama 30 minit setiap hari atau berjalan sejauh 10km hingga 15km seminggu atau purata 2km sehari.
  • amalkan diet rendah kalori dan lemak mengikut saranan di dalam piramid makanan.
  • lebihkan makanan berbijirin, sayur sayuran dan buah buahan.
  • elakkan makan makanan segera ( fast food ).
  • elakkan minuman berkarbonat dan segala minuman yang bersifat “tarik” kerana kandungan susu yang tinggi. Tahukah anda bahawa anda perlu berjalan sejauh 1.6km atau selama 20 minit untuk membakar hanya 100 kalori yang diperolehi dari 1/2 tin minuman berkarbonat?
  • cuba amalkan berpuasa kerana ia adalah proses diet dan detoks paling baik
  • berhenti merokok
  • lakukan pemeriksaan perubatan secara berkala bagi mereka yang berisiko mengidap gejala gaya hidup yang tidak sihat ini.

 

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damiapitshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge