KENAPA PERLU ADA PINGGAN MANGKUK MAHAL?

hah, ni kisah bukannya saya nak suruh puan puan beli pinggan mangkuk yang mahal mahal. keh keh keh..kang ada pula yang tunjuk entry ni pada suami masing masing sambil cakap” bang, abang nak tahu tak kenapa perlu ada pinggan mangkuk mahal kat rumah kita ni”?. ha ha ha ha..nayalah saya dibuatnya.tak pasal pasal saya lak di marahi suami suami.

image dari Google
image dari Google

ini salah satu pinggan mangkuk mahal yang berjenama tau! Apa, ingat handbag, kasut, jam je yang ada jenama? Pinggan mangkuk pun ada tau. Hanya peminat pinggan mangkuk je kenal apa jenama jenama yang top, yang asli, yang original, yang tiruan dan sebagainya. macam saya tak berapa kenal handbag mahal mahal ni, actually bukan mahal..tapi berjenama. Dulu kenal Bonia je, tu pun sebab masa bercinta merajuk, lepas tu boipren belikan jam Bonia. lepas tu jam tu macam tak berapa betul, g kedai jam. sekali tokey kedai tu cakap “wah..ni jam original Bonialah., bukan cikai cikai kat tepi jalan”. Masa tu, oh.jam ni berjenama rupanya..kih kih kih.

 

Macam tu juga kes pinggan mangkuk mahal ni. Ceritanya masa saya bekerja, ada seorang kawan ni suka jual pinggan mangkuk sampai beratus ratus harganya. ada yang jejak RM700 1 set!! masa tu saya belum berkahwin. Tau apa saya cakap? pergh…mahal nya. orang tahu ke pinggan mangkuk tu mahal? ni mesti kes kalau campak ke dinding, dinding pecah!! sambil ketawakan akak akak kat opis saya yang sibuk berkutu nak beli pinggan mangkuk mahal ni. Tapi, bila saya dah berkahwin baru saya tahu kenapa perlu ada pinggan mangkuk yang mahal ni walaupun cuma ada 1 set saja di rumah kita.

 

Mungkin ada orang yang hobinya menyimpan set pinggan mangkuk dan mempamerkan di almari sebagai hiasan. Apatah lagi jika set pinggan mangkuk tu limited edition. Ada juga yang memang style makan harian menggunakan set pinggan mangkuk tu. Bagi saya, saya membeli kerana saya rasa ia adalah satu penghormatan atau menghargai tetamu yang datang ke rumah kita. Kalau kita dah biasa makan menggunakan pinggan mangkuk plastik atau melamine, apa salahnya bila ada tetamu datang apatah lagi tetamu tu jarang sekali datang ke rumah kita, kita hidangkan hidangan dengan pinggan mangkuk yang cantik. Menghargai tetamu tu di sukai oleh Rasulullah tau. Bahkan ada yang berkata, tetamu datang rumah tu bagus, bila mereka balik, mereka bawa sekali dosa dosa kecil kita pergi juga.

 

Selain itu, kekadang ia ada satu terapi bagi isteri isteri bila melihat pinggan mangkuk yang design dan rekabentuk nya yang unik. Tidak seperti dulu, pinggan mangkuk memang bulat. Bezanya cuma piring kecil sikit, pinggan makan besar sikit, mangkuk hidangan ada kedalaman yang berbeza. Tapi kini pelbagai bentuk yang ada. Empat segi, oktagon, tiga segi, bentuk daun dan sebagainya. Ia menarik hati para isteri untuk membelinya, apatah lagi nafsu perempuan ni suka pada benda benda yang cantik. Jadi, jangan dipelikkan kenapa perempuan asyik membeli dan membeli walaupun ada antaranya tidak pernah digunakan. Bila ada kenduri atau yassin, atau majlis tertentu pinggan dan cawan polisterin juga guna. Keh keh keh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge