PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETIS

ayah saya antara yang termasuk di dalam golongan penghidap diabetes yang menjadikan insulin kawan karib nya setiap hari. Diabetes ni antara penyakit yang tidak boleh disembuhkan dalam masa yang cepat tetapi kita mampu melambatkan komplikasi penyakit tersebut. JIka ia tidak dicegah awal, ia akan menjadi semakin parah. Diabetes adalah di mana badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.

 

tanda tanda diabetes
sumber : http://diabetes-support.net

Insulin diperlukan di dalam badan untuk menukarkan gula di dalam darah kepada tenaga. Oleh sebab itu, kekurangan insulin yang berfungsi dalam badan akan mengakibatkan peningkatkan gula di dalam darah. Kandungan gula yang tinggi dalam darah dipanggil “hyperglycemia” yang mana ia menyebabkan masalah serius kepada sistem saraf dan organ penting dalam badan seperti mata, buah pinggang dan jantung. Saya tak nak huraikan lebih lanjut apa itu diabetes sebab artikel saya hari ini ialah untuk berkongsi panduan pemakanan untuk pesakit diabetes.

 

3 PRINSIP ASAS KAWAL DIABETES MELALUI PEMAKANAN

Sebelum itu, kita perlu bahagikan asas diet pesakit diabetes ini kepada tiga prinsip atau tiga bahagian supaya ia lebih mudah untuk kita ketahui pemakanan yang sesuai. 3 prinsip itu ialah –

  • apakah yang boleh dimakan?
  • bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil makanan?
  • berapakah amaun yang dibenarkan untuk makan?

3 prinsip ini perlu diambil perhatian oleh pesakit atau pun mereka yang disekeliling pesakit supaya mereka tidak melanggar prinsip itu serta memastikan pesakit berjaya dalam rutin diet mereka setiap hari tanpa gagal. sebagai contoh, pesakit hanya digalakkan ambil buahan tertentu seperti epal. tetapi pesakit lupa waktu bila dibenarkan memakan epal tersebut. ini kerana kandungan gula ringkas dalam buah epal akan menyebabkan kandungan gula dalam darah naik dengan cepat kalau diambil sewaktu perut kosong.

 

Diet-Seimbang

4 KATEGORI MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL TAHU

1. MAKANAN YANG DIBOLEHKAN DAN BEBAS DIMAKAN –¬†semua jenis sayuran hijau, kecuali sayuran berkanji. contohnya sawi, kangkung, bayam, kailan, kobis, tomato dan kacang panjang. semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh tanpa gula, kopi O tanpa gula air barli tanpa gula. Semua perasa dan perencah dalam masakan seperti rempah ratus, bawang merah, bawang putih halia, lengkuas, serai, kunyit, serbuk kunyit, serbuk cili dan sebagainya.

2. MAKANAN YANG PERLU DISUKAT – iaitu makanan daripada kumpulan karbohidrat kerana ia mengandungi gula yang tersembunyi walaupun kita tak merasai manisnya. karbohidrat itu sendiri ada 2 jenis iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks.

karbohidrat akan dipecahkan kepada glukosa atau gula ringkas untuk memberi tenaga kepada badan. Penting untuk pesakit diabetes mengetahui amaun yang dibenarkan dan masa yang betul untuk mengambil karbohidrat.

Jenis jenis karbohidrat ialah – nasi dan segala jenis bijirin, segala jenis roti, mee, mee hun, pasta, ubi kentang, keledek, loba, ubi kayu, labu, kekacangan, dan buah buahan.

3. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula yang tinggi. Contohnya , pelbagai jenis gula, kuih muih, kek, coklat, aiskrim, biskut manis, minuman berkarbonat, kordial jem, madu, minuman kordial, susu pekat manis dan gula gula.

semua makanan tinggi lemak tepu, lemak trans atau kolesterl juga di larang sama sekali. contohnya, santan, minyak sapi, butter, marjerin, makanan yang diproses, organ dalaman, kuning telur, makanana laut serta daging merah.

4. MAKANAN YANG DIGALAKKAN

makanan yang tinggi serat- biasakan diri kita dan pesakit dengan memilih makanan yang berlabel dan tinggi serat. Biskut dan roti tinggi serat sangat mudah didapati. harganya agak mahal tetapi ia berbaloi untuk kesihatan kita. serat membantu menurunkan gula dalam darah, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, melancarkan sistem penghadaman dan membantu mengawal berat badan.

 

jadi, inilah panduan pemakanan untuk pesakit diabetes serta orang disekeliling mereka supaya mereka dapat menghindarkan komplikasi diabetes dari terus menjadi lebih parah.

 

sumber : majalah anis

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damiapitshop

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge