PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : KENAPA PERLU MINUM AIR GULA SEWAKTU MENGANDUNG

pernah anda dengar pasal ketakutan kena minum air gula sewaktu mengandung oleh mereka mereka yang pernah mengandung ? atau anda sendiri alaminya? Kebiasaannya nurse akan beritahu sebab minum air gula tu adalah untuk mengetahui samada kita ada kencing manis atau tidak semasa mengandung. Tetapi tidak semua mereka yang mengandung akan hadapi situasi minum air gula sewaktu mengandung ini.


Bagi mereka yang faham kenapa mereka perlu minum air gula ini, mereka tidak akan rasa risau dan tidak akan takut untuk menjalani ujian minum air gula ini, tetapi bagi mereka yang terlalu terikut ikut cakap orang atau termakan kata kata orang lain, mereka akan merasakan, minum air gula sewaktu mengandung akan membebankan mereka.

KENAPA UJIAN MINUM AIR GULA SEWAKTU MENGANDUNG DIPERLUKAN?
masa admin mengandung anak pertama, admin kena minum air gula ni dah lepas minggu ke 28. Itu pun sebab kaki admin mula bengkak. ha ha ha. Nurse risau admin ada kencing manis dan kena buat ujian minum air gula ni. oh ya. ujian ini berserta pengambilan darah dalam kurang 5ml . Dari ujian darah ini boleh tau samada kita memang ada penyakit kencing manis sebelum mengandung dan dari ujian darah ini juga, kita akan tahu jenis darah kita. Samada darah A, darah B, darah O atau darah AB. rhesus darah pun Insya Allah boleh tahu. Darah admin? Darah O Positif. 2 anak admin pun ikut admin iaitu darah O.

  • anda berumur 35 tahun ke atas sewaktu hamil
  • Anda atau family anda ada sejarah kencing manis
  • Jarak kehamilan anda yang baru ini jauh dengan jarak kehamilan sebelumnya
  • Anda ada masalah kencing manis walaupun bukan semasa hamil

admin nak berkongsi sedikit bagaimana perjalanan minum air gula dan ambil darah ini untuk panduan para ibu bapa dan juga bakal ibu bapa. eh, kenapa pula bapa pun perlu ambil tahu? yerlah, sebab ada para bapa yang tidak tahu kenapa selepas minum air gula, kena tunggu lagi pula 2 jam untuk ambil darah lagi sekali. Biasalah, orang lelaki kan tak suka menunggu. he he he.
memula sekali, jika anda berdaftar di klinik kesihatan desa atau klinik desa di kampung, anda akan diberikan tarikh yang sesuai untuk buat temu janji di klinik kesihatan untuk sesi minum air gula dan MGTT ini. selalunya klinik yang kecil tidak ada perkhidmatan sebegini.

Bila tiba tarikhnya, boleh datang awal supaya kita tidaklah rasa bosan menunggu terlalu lama untuk giliran kita. Oh ya,ibu ibu akan diminta berpuasa pada jam 10 malm sebelumnya sehinggalah keesokan harinya sehingga sesi minum air gula tersebut.  Letak kad pink kita di kaunter dan tunggu nama kita dipanggil. Jangan lupa buat pemeriksaan air kencing sebelum anda letakkan kad pink anda di makmal. Jadi bolehlah terus berikan sampel air kencing kita pada staff di makmal untuk melihat samada kita ada masalah air kencing kotor atau tidak.

Selepas itu, nurse akan ambil sampel darah kita dalam 5ml sebelum kita dibenarkan minum air gula dalam sukatan 1 gelas untuk dihabiskan. Nasihat admin? jangan muntahkan balik sebab kalau anda muntah, anda akan disuruh minum lagi 1 gelas. ha ha ha. Tips untuk elakkan muntah? ini ada pelbagai versi dan ia bergantung ada individu itu tersendiri. Ada yang minum sikit sikit tapi laju sebab air gula yang diberikan dalam keadaan sedikit suam untuk elakkan air gula menjadi likat kalau air dah sejuk. Ada yang sekali teguk terus habis. Kagum sungguh admin tengok.

Selepas habis minum air gula itu, nurse akan minta kita berehat selama 2 jam sebelum datang balik ke klinik untuk diambil darah lagi sekali. Ia menentukan samada kita ada penyakit kencing manis atau tidak. Dalam tempoh 2 jam menunggu, kita tidak dibenarkan makan atau minum sama sekali untuk mengelakkan ujian terbatal. Rugi je sebab nanti anda akan disuruh datang lagi untuk buat ujian tersebut.

Kalau ada, kita akan diberikan rawatan atau ubat untuk atasi masalah tersebut. hah, selesai dah sesi ujian minum air gula sewaktu mengandung. Selepas itu, ibu ibu dah boleh makan dan minum seperti biasa. Proses ini dalam 3 jam sudah selesai.

Jadi, bagaimana dengan pengalaman anda yang pernah menjalani ujian minum air gula sewaktu mengandung ini? boleh anda sharekan pengalaman anda supaya ia menjadi panduan untuk ibu ibu dan bakal ibu yang lain.
boleh juga dengarkan saya berceloteh kenapa perlu minum air gula sewaktu mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge