PERSEDIAAN MEMBERI SUSU IBU KEPADA BAYI SEBELUM NAIK KERJA

pasti kita risau mcmana nak pisahkan baby yg selama 2 bulan melekat dengan nenen kita apabila kita ingin naik keja…tips ini saya jumpa dlam blog susuibu..jom kita baca sama-sama..

Persediaan Penjaga Bayi – Berlatih Memberi Susu Ibu kepada Bayi

1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.

4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan EMAIL, YM atau SMS kan kepada saya 013-7374958. Salam sayang dari DAMIA PIT SHOP ( siti ). dan semestinya, TIPS EKSLUSIF hanya utk pelanggan saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge