REVIEW FILEM GOOSEBUMPS

Hah, korang dah tengok Filem Goosebumps? filem ini saya kategorikan sebagai komedi seram dan ianya sesuai ditonton oleh sekeluarga. Cuma ada 3 4 scene yang tak berapa sesuai untuk tontonan anak anak kecik. ni kes part part yang bercium tuelah. Saya nak review filem Goosebumps ini untuk anda semua. Tapi perlu ingat ye, ini adalah review dari saya yang bukan arif pasal filem.

GOOSEBUMPS

Filem Goosebumps ini adalah lakonan Jack Black sebagai R.L.Stine, Dylan Minnette sebagai Zach, Odeya Rush sebagai Hannah(dia nak cute dan polos dalam filem ni, he he he) serta Ryan Lee sebagai Champ. ini adalah pelakon utama filem ini dan dibantu juga oleh pembantu pembantu watak yang lain. Filem ini lebih santai dan tidak terlalu menyeramkan seperti treler filem yang ditayangkan di televisyen. perkembangan setiap watak pun tidak terlalu menarik dan tidak berkembang. Kekadang seakan boleh agak apa yang akan berlaku pada scene scene yang selepas itu.

Filem Goosebumps ini menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Zach yang risaukan Hannah yang mempunyai seorang ayah yang begitu garang pada awal pertemuannya sebagai jiran baru. Zach merasakan yang dia sudah jatuh hati dengan Hannah dan mengambil berat pada apa yang akan berlaku pada Hannah bila dimarahi oleh ayahnya. Sehinggakan pada satu malam, Zach menyelinap masuk ke dalam rumah Hannah (walaupun telah diberi amaran oleh ayah Hannah untuk menjauhi rumahnya). Di sini bermula ceritanya apabila Zach telah membuka salah satu buku yang dikunci dan tanpa diketahui olehnya yang buku itu mempunyai “nyawa” yang tersendiri. Selebihnya, anda tengoklah sendiri..ha ha ha ha…

Plot plot yang saya rasakan tidak berkembang ialah lakonan pembantu sebagai ibu kepada Zach dan coach yang cuba mengurat ibunya. serta watak watak Goosebumps tu yang saya rasa hanya dibuat banyak banyak untuk menimbulkan rasa seram atau untuk menunjukkan yang penulis buku ini telah menulis buku yang banyak. Faham tak faham? .

apa pun, cerita ni dari 5 bintang, saya kasi 3.5 bintang. kipidap!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge